Rabu, 20 Ogos 2008

PEMIMPIN???

Apakah pemimpin sekarang patut menjadi PEMIMPIN kepada bangsa melayu?persoalan yang kita sendiri perlu huraikan.

Apakah PEMIMPIN sekarang ini benar-benar ingin memperjuangkan hak orang melayu walhal melayu sekarang semakin DIPIJAK oleh bangsa lain.Dimanakah ketegasan PEMIMPIN melayu di saat bangsa lain mempertikaikan hak orang melayu,adakah PEMIMPIN melayu yang berada di atas tidak dengar atau sengaja membutakan mata dan mentulikan telinga?

MENGAPA kita perlu tunggu sehingga bangsa lain memforumkan perkara-perkara orang melayu?MENGAPA kita perlu memohon maaf kepada bangsa lain atas perbuatan ADAT orang melayu?MENGAPA kita perlu tunduk kepada permintaan bangsa lain?Kesemua persoalan ini hanya PEMIMPIN melayu yang berada di atas sahaja ada jawapnnya,PEMIMPIN yang mempunyai agenda tersendiri untuk kentingan diri sendiri!

Melayu sekarang perlu revolusi dengan evolusi yang baru!Jangan kita asyik nak reformasi,resolusi,korupsi kerana akhirnya melayu akan DIARKIBKAN.