Sabtu, 18 Oktober 2008

ABDULLAH BIDAS MAHATHIR









Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membidas bekas perdana menteri Datuk Seri Dr Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan parti yang menentukan "siapa yang perlu berada dalam parti Umno dan siapa yang perlu dikeluarkan".

Perdana Menteri berkata Umno tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.

“Siapakah Tun yang dah keluar parti Umno itu nak cuba membuat arahan kepada orang Umno apa yang patut dilakukan?

“Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pemilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu...orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?," katanya dalam sidang di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, malam ini.
Menurut Bernama, Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan Umno "mengusir orang-orang Abdullah" dalam pemilihan parti itu Mac depan.

"Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya.

"Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik...orang yang tidak pernah membuat baik untuk Umno dan kerajaan.

"Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli Umno, mengajar ahli Umno bergaduh sesama sendiri," katanya.

Abdullah berkata beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan presiden Umno bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.

"Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.

"Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap tidak boleh terima, mesti diketepikan.

"Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam Umno," kata Abdullah.

Menurut perdana menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

"Inikah "reform" yang diharapkan...Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli Umno ada kebebasan untuk bertanding.

"Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik...Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.

"Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding....tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang Umno menentukannya," katanya.

Dalam hal ini, anggota Umno tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.

"Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini,katanya(malaysia kini 18 okt 08)




Jumaat, 10 Oktober 2008

MENDAPAT PENCALONAN PERTAMA

UMNO BAHAGIAN KIMANIS DALAM NEGERI SABAH DIBAWAH PIMPINAN DATUK ANIFAH AMAN TELAH PUN MENCALONKAN ANAK SINGA UMNO IAITU DATO SERI SYED HAMID ALBAR. JIKALAU SEBUAH BAHAGIAN YANG MANA UMNO MENANG KESELURUHANNYA MENCALONKAN SYED HAMID.
ADAKAH DALAM NEGERINYA SENDIRI YANG DIKATAKAN TEMPAT KELAHIRAN UMNO DAN NEGERI YANG DKATAKAN TERKUAT UMNONYA WALAUPUN DUA DUN UMNO JATUH KEPADA PAS MASIH RAGU RAGU UNTUK MENCALONKAN BELIAU.
OLEH ITU SAYA BERHARAP AGAR KESELURUHAN UMNO DALAM NEGERI JOHOR WAJAR DAN WAJIB UNTUK MENCALONKAN BELIAU.

Isnin, 29 September 2008

PAHLAWAN!


Dato Seri Syed Hamid Albar telah membuktikan ketegasan beliau sebagai MENTERI KEMENTERIAN DALAM NEGERI dengan MENYUMBAT beberapa orang yang menggugat keselamatan negara dengan menggunakan akta ISA.








Ketegasan beliau dalam membuat keputusan menunjukan bahawa beliau seorang yang kelihatan lembut tetepi tegas,mungkin kini DARAH SINGA UMNO bapanya telah pun kelihatan.Justeru itu setelah sekian lama menteri dalam negeri kelihatan lesu setelah tun dr mahathir melepaskan kepada PAK LELAH kini setelah DATO SERI SYED HAMID ALBAR menjawat jawatan tersebut imejnya telah pun di pulihkan.






sebagai menteri KETIGA terpenting dan orang JOHOR SENIOR dalam kabinet jelaslah beliau layak untuk di calonkan sebagai NAIB PRESIDEN UMNO pada PAU akan datang.

RENUNGKAN

...Adam a.s berwasiat kepada anaknya syits LIMA PERKARA.



...Janganlah kalian terpaut kepada dunia sesungguhnya aku di SYURGA terpaut tidak seberapa kemudian ALLAH mengeluarkanku darinya...

...Kedua katakan kepada mereka janganlah kalian turuti kehendak isterimu sesungguhnya aku telah menuruti kehendak isteriku dan makan SYAJARAH ,namun akhirnya aku menemui penyesalan...

...Ketiga katakan kepada mereka jika hendak berbuat fikirkanlah apa akibatnya,kalau aku fikirkan akibatnya tentulah aku tidak menerima nasib ini...

..Keempat jika HATIMU terpaut oleh sesuatu tinggalkan saja ia,sesungguhnya ketika aku makan SYAJARAH hatiku amat terpaut padanya namun aku tidak kembali sehingga akan ditimpa penyesalan...

...Kelima bermesyuaratlah dalam segala urusan,jika aku bermesyuarat dengan para MALAIKAT tentulah nasib seperti ini tidak akan menimpaku...

Isnin, 8 September 2008

SELAMATKAN UMNO

...Di dalam keadaan umno sekarang yang semakin TENAT marilah kita sebagai pejuang bangsa melayu meniup semula angin kebangkitan dengan mencalonkan Y.B.M Tengku Razaleigh sebagai calon PRESIDEN UMNO dan Tan Sri Mahyudin sebagai calon TIMBALAN PRESIDEN UMNO.

...PRESIDEN UMNO sekarang perlu mengakui bahawa dirinya tidak mampu lagi untuk memimpin serta mentadbir umno dengan baik.Beliau juga tidak terdaya untuk menyatupadukan ahli-ahlinya sedangkan UMNO semakin bergolak DEK TSUNAMI PRU-12.

...Mantan perdana menteri iaitu Tun Dr Mahathir juga telah menyokong Y.B.M Tengku razaleigh sebagai PRESIDEN UMNO.Marilah kita menyokong seorang NASIONALIS melayu yang juga PAKAR EKONOMI...ALLAHHUAKBAR!

...BERSATU BERSEDIA BERKHIDMAT...

Rabu, 20 Ogos 2008

PEMIMPIN???

Apakah pemimpin sekarang patut menjadi PEMIMPIN kepada bangsa melayu?persoalan yang kita sendiri perlu huraikan.

Apakah PEMIMPIN sekarang ini benar-benar ingin memperjuangkan hak orang melayu walhal melayu sekarang semakin DIPIJAK oleh bangsa lain.Dimanakah ketegasan PEMIMPIN melayu di saat bangsa lain mempertikaikan hak orang melayu,adakah PEMIMPIN melayu yang berada di atas tidak dengar atau sengaja membutakan mata dan mentulikan telinga?

MENGAPA kita perlu tunggu sehingga bangsa lain memforumkan perkara-perkara orang melayu?MENGAPA kita perlu memohon maaf kepada bangsa lain atas perbuatan ADAT orang melayu?MENGAPA kita perlu tunduk kepada permintaan bangsa lain?Kesemua persoalan ini hanya PEMIMPIN melayu yang berada di atas sahaja ada jawapnnya,PEMIMPIN yang mempunyai agenda tersendiri untuk kentingan diri sendiri!

Melayu sekarang perlu revolusi dengan evolusi yang baru!Jangan kita asyik nak reformasi,resolusi,korupsi kerana akhirnya melayu akan DIARKIBKAN.